al-Ghurar al-Bahiyyah

al-Ghurar al-Bahiyyah (الـغـرر الـبـهـيـة)


Kitab al-Ghurar al-Bahiyyah fi Syarh
Manzhumah al-Bahjah al-Wardiyyah (
الـغـرر الـبـهـيـة في شـرح مـنـظـومـة الـبـهـجـة
الـورديـة
), adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun
oleh Syaikh al-Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (823-926H).

Kitab al-Ghurar al-Bahiyyah ini disusun sebagai kitab
huraian (syarah) bagi kitab
Bahjah al-Wardiyyah (البهجة الوردية
atau Manzhumah al-Bahjah al-Wardiyyah (
منظومة البهجة الوردية), iaitu sebuah
kitab fiqh mazhab al-Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam
Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin al-Wardi Mu’arri
al-Kindi (749H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Wardi.

Kitab al-Ghurar al-Bahiyyah merupakan antara kitab huraian (syarah)
bagi kitab al-Bahjah yang paling terkenal dan masih dicetak dan diterbitkan
hingga kini.  Berdasarkan terbitan Dar
al-Kutub al-Ilmiyyah – Beirut –Lubnan,  ia
dicetak dalam 11 jilid.

Kitab al-Ghurar al-Bahiyyah ini telah diberikan komentar
(hasyiah) oleh beberapa orang ulama, antaranya;

a)     Hasyiah
al-Imam Ibn Qasim al-‘Ubadi[1]
(922H).

b)     Hasyiah
al-Syaikh Abdul Rahman al-Syarbini (1326H).

Kitab
al-Ghurar al-Bahiyyah berserta dua hasyiah  di atas boleh dimuat turun melalui pautan الـغـرر الـبـهـيـة.

Semoga
bermanfaat.

[1] Kitab ini telah diberikan beberapa
taqrirat (catatan) oleh Syaikh Abdul Rahman al-Syarbini.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top