al-Baydhawi

al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa


Kitab al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa  (الغاية القصوى في دراية الفتوى)  adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh Qadhi al-Qudhat Nashiruddin Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali
al-Baydhawi al-Syairazi (685H). Seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i  yang terkenal pada zamannya dan karya-karyanya
menjadi rujukan para ulama selepasnya.


Kitab al-Ghayah al-Qushwa ini asalnya disusun oleh al-Baydhawi sebagai
ringkasan (mukhtashar) bagi kitab 
al-Wasith fi al-Mazhabkarya Hujjatul Islam al-Imam
Abu Hamid al-Ghazali (450-505H). Namun begitu, kitab al-Ghayah al-Qushwa bukan
sekadar ringkasan kitab al-Wasith, bahkan penyusunnya telah membuat beberapa penambahan
dan penilaian terhadap beberapa permasalahan yang disebutkan dalam kitab
al-Wasith.

Kitab al-Ghayah al-Qushwa juga
dianggap sebagai kitab fiqh perbandingan (fiqh al-maqarin), kerana kandungannya
memuatkan perbendaharaan fiqh yang sangat bernilai, yang menyebut pelbagai
al-Qawl (pendapat) dan al-Wajh (pendapat/ijtihad para tokoh utama
mazhab) yang dianggap
rajih (terpilih)
dalam mazhab Syafi’i.

Dalam permasalahan tertentu al-Baydhawi
juga berusaha dengan gigih membuat pentarjihan terhadap beberapa pandangan
ulama mazhab Syafi’i terdahulu, dengan merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Di
mana, dalam karya beliau ini terdapat lebih daripada 123 ayat al-Quran dan  667 hadis hukum.


Disamping mengemukakan pendapat
mazhab Syafi’i, al-Baydhawi juga membuat perbandingan dengan pendapat Imam Abu
Hanifah dan Imam Malik dalam beberapa permasalahan fiqh yang penting.  Setiap permasalahan fiqh yang dikemukakan  bersama dalil dan hujah bagi setiap  pandangan mereka. Al-Baydhawi akan
membincangkan kekuatan dan kelemahan setiap dalil yang dikemukakan. Kebiasaanya beliau akan merajihkan pendapat
mazhab syafi’i dan menolakkan dalil yang dikemukakan oleh mazhab yang lain.


Kandungan kitab ini dibahagikan
kepada 60 kitab, 148 bab, 155 fasal, 475 masalah, 536 furu’, 31 tanbih, 6
taznibat, 16 mabhats dan  5  khawatim (penutup).  Beratus-ratus qawaid fiqhiyyah dan permasalahan usul fiqh disebutkan dalam kitab
yang berharga ini.

Berikut disenaraikan antara
karya fiqh yang disusun sebagai syarah (huraian) bagi kitab al-Ghayah
al-Qushwa;
      
1.   Syarh
al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa
, karya al-‘Allamah
Ghiyatsuddin Muhammad bin Muhammad al-Wasithi (721H)     

2.  Syarh
al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa
, karya al-‘Allamah Badrruddin
Muhammad bin As’ad  al-Tastari (735H)

3.   Syarh
al-Ghayah al-Qushwa
,  karya
Burhanuddin Abdullah Muhammad al-Farghani (743H)

4.   Al-Nihayah
al-‘Uzma fi Syarh al-Ghayah al-Qushwa
, karya al-‘Allamah Jamaluddin
Muhammad bin Muhammad bin Zanki al-Isfirayini (771H)

5.     
Syarh
al-Ghayah al-Qushwa
, karya al-‘Allamah  Ibn al-‘Aqawli, Muhammad (797H)

6.    Syarh
al-Ghayah al-Qushwa
, karya Ibn al-Jumu’ah, al-Qadhi Syarafuddin
Musa bin Muhammad (803H)

7.     
Syarh Burhanuddin
Abdullah al-‘Anbari

8.    
Syarh al-Sayyid
Taqiyuddin al-Hushni


 Di samping kitab syarahnya,  ada juga ulama yang menyusunnya kembali
kandungannya dalam bentuk
Nazam, antaranya; Al-‘Allamah Abu
Abdullah Muhammad bin al-Zhahiri al-Syafi’i, dengan karynya
al-Kifayah fi Nazham al-Ghayah.              
 

Kitab al-Ghayah al-Qushwa fi
Dirayah al-Fatwa ini boleh dibaca dan dimuat turun di pautan https://archive.org/details/GhayehQuswa
atau terus di pautan https://archive.org/compress/GhayehQuswa/formats=IMAGE%20CONTAINER%20PDF&file=/GhayehQuswa.zip.
 Kitab dalam file PDF ini merupakan
salinan bagi kitab yang diterbitkan Dar al-Bashair al-Islamiyyah, Beyrut Lubnan
– dengan cetakan pertama 2008 dalam dua jilid. Kitab ini ditahqiq oleh Dr Ali
Mahyuddin Qarahdaghi. Maklumat dalam catatan ringkas ini berdasarkan prakata pentahqiqnya
di awal kitab ini. Sila baca kitab ini untuk mendapat maklumat yang lebih
tepat.

Semoga bermanfaat.      

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top