al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Syafi'i

al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i

Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala
Mazhab al-Imam al-Syafi’i
(الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي) merupakan sebuah karya fiqh aliran mazhab al-Syafi’i
yang kontemporeri, yang disusun oleh tiga tokoh ulama terkenal dari Syiria, iaitu
al-‘Allamah Dr. Mustafa al-Khin, Syaikh Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Ali
al-Syarbaji. Kitab ini sangat masyhur di kalangan pengikut Mazhab Syafi’i masa
kini, bahkan diajar di pusat pengajian tinggi dan juga di masjid-masjid di
seluruh dunia Islam.

Kitab ini telah diterjemahkan
dalam berbagai bahasa dunia, termasuklah dalam bahasa Melayu dan Indonesia. (Insya Allah saya akan lampirkan beberapa edisi terjemahan kitab ini yang telah diterbitkan di Malaysia pada kesempatan yang lain).


Berikut ringkasan kandungan kitab ini berdasarkan buku terjemahan yang
diterbitkan oleh Darul Syakir Enterprise, iaitu buku yang diterjemahkan oleh
panel yang diketuai oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Buku ini terdiri
dari 7 buah buku termasuk muqaddimahnya;

 
  1. Muqaddimah: Menceritakan
    tentang Kitab al-Fiqh al-Manhaji, keistimewaannya, metodologi terjemahan, bibliografi
    ringkas pengarang, tokoh hadith dan Imam Al-Syafi’i serta fiqhnya, Mabadi’
         al-‘Ulum, Istilah Fiqh al Syafi’, Pendapat Tokoh dan Ulama’ Berkenaan
    Kitab al-Fiqh al-Manhaji.

  2. Jilid 1: Hukum
    Bersuci, Solat, Azan & Iqamah,Zakat Fitrah, Qurban dan Jenazah.

  3. Jilid 2::Zakat,
    Puasa, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan,
    Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan
    dan Kaffarah.

  4. Jilid 3 :Bab
    Nikah dan Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut’ah, Nusyuz, Fasakh,
    Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut,
    Wakaf, Wasiat dan Pemegang Amanah.

  5. Jilid 4 :Ilmu
    Faraid, Jual Beli, Khiar, al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan,
    Riba’, Sarf, Hutang dan Anugerah.

  6. Jilid 5 :Hiwalah,
    Syuf’ah, Musaqah, Muzara’ah, Pinjaman, Syarikat dan Pelaburan.

  7. Jilid 6 :Jenayah,
    Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Minum Arak, Mencuri, Hirabah, Murtad, Jihad,
    Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pengakuan,
    Halangan dan Pemimpin.
Semoga bermanfaat.
 
 

Download kitab terjemahan al-Fiqh al-Manhaji jil. 1 terbitan JAKIM di pautan 

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/jilid_1.pdf

 

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top