al-Arba'in al-Nawawiyyah

AL-FATH AL-MUBIN BI SYARH AL-ARBA’IN

Kitab al-Fath al-Mubin bi Syarh al-Arba’in الفتح المبين بشرح الأربعين))[1] merupakan kitab
huraian bagi kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah[2]
karya Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi r.h.(676H), iaitu
sebuah kitab yang terkenal, yang menghimpunkan 42 hadis Nabi saw. Isi kandungan
hadis tersebut membicarakan asas-asas penting agama Islam yang perlu diketahui
umat Islam.

Kitab al-Fath al-Mubin merupakan sebuah kitab yang disusun
oleh al-Imam al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq Syihabuddin Ahmad bin Muhammad
bin Ali bin Hajar al-Haytami (909-974H). Beliau yang lebih dikenali dengan
gelaran Ibnu Hajar al-Haytami ini adalah seorang tokoh mazhab Syafi’i yang
terkenal yang menjadi ikutan di kalangan para ulama Syafi’i yang mutakhir. Di
antara karya beliau yang paling terkenal dalam bidang fiqh ialah kitab Tuhfah
al-Muhtaj, iaitu sebuah kitab huraian bagi kitab Minhaj al-Thalibin  karya Imam al-Nawawi.

Kitab al-Fath al-Mubin adalah antara kitab huraian matan
al-Arba’in yang terbaik,  yang menjadi
pilihan dan rujukan utama para ulama terkemudian, khususnya pengikut mazhab
al-Syafi’i dalam menghuraikan matan al-Arba’in al-Nawawiyyah. Dalam kitab ini
Imam Ibn Hajar al-Haytami telah menghuraikan ke semua 42 hadis yang terkandung
dalam kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah. Huraian dan kupasan beliau bagi setiap
hadis begitu meluas dan terperinci sekali sehingga hampir mencakupi ke semua
yang berkaitan dengan hadis tersebut.

Kitab al-Fath al-Mubin ini telah diberikan hasyiah
(komentar) oleh al-‘Allamah al-Hasan bin ‘Ali al-Madabighi (1177H) melalui
karya beliau yang  terkenal dengan  judul “Hasyiah al-Madabighi ‘ala al-Fath
al-Mubin (
حاشية العلاّمة
الحسن بن علي المدابغي على الفتح.المبين
).

Berdasarkan edisi kitab al-Fath al-Mubin yang diterbitkan
oleh Dar al-Minhaj, Beirut, dengan cetakan ke 3, pada tahun 2011 – ketebalan
kitab ini merangkumi 688 halaman.

Semoga bermanfaat.



[1] Kitab
ini juga ada diterbitkan dengan judul Fath al-Mubin li Syarh al-Arba’in   (
فتح المبين لشرح الأربعين).

[2] Catatan
ringkas mengenai kitab al-Arba’in karya al-Nawawi ini boleh dibaca di pautan
http://abusyahmin.blogspot.com/2013/05/al-arbain-al-nawawiyyah.html


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top