al-Aziz

al-‘Aziz Syarh al-Wajiz

Kitab al-Aziz
Syarh al-Wajiz (
العزيز شرح الوجيز) atau juga terkenal dengan judul Fath al-‘Aziz
Syarh al-Wajiz (
العزيز شرح الوجيز  فتح ) atau al-Syarh al-Kabir (الشرح الكبير) merupakan antara karya
fiqh  terkenal yang menjadi rujukan utama
dalam kalangan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab ini adalah antara karya fiqh  yang disusun oleh Imam Abu al-Qasim Abdul
Karim bin Muhammad al-Rafi’i  (623H).

Kitab al-‘Aziz  Syarh al-Wajiz ini disusun oleh al-Rafi’i
sebagai huraian (syarah) kepada al-Wajiz fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya
Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H), iaitu sebuah kitab ringkas dan padat yang menghimpunkan
rumusan al-Ghazali terhadap pendapat-pendapat tokoh fuqaha al-Syafi’i
sebelumnya dalam beberapa masalah fiqh.

Kitab al-‘Aziz, kemudiannya
telah diringkaskan oleh Imam al-Nawawi (676H) dalam kitabnya Rawdhah al-Thalibin 
 dan Abdul Ghaffar al-Qazwaini
(665H) dalam kitabnya al-Hawi al-Shaghir.

Metode
Huraian al-Rafi’i…

Ketika
membuat huraian terhadap kitab al-Wajiz, Imam al-Rafi’i melalui Kitab al-‘Aziz-nya
 terlebih dahulu mengemukakan teks (nash)
Imam al-Ghazali mengenai sesuatu masalah  fiqh, kemudian membuat penghuraiannya di bawah
teks tersebut. Huraiannya dibuat secara terperinci dengan hujah dan dalil-dalil
yang melatar belakangi teks yang menjadi pegangan mazhab al-Syafi’i yang telah dirumuskan
Imam al-Ghazali tersebut.

Selain itu,
al-Rafi’i juga turut mengemukakan beberapa perbezaan pendapat ulama terhadap sesuatu
masalah fiqh yang dibincangkan sekiranya ada. al-Rafi’i kemudiannya membuat
pentarjihan (pemilihan) pendapat yang kuat dan menjadi pegangan dalam ulama
mazhab al-Syafi’i.

Berdasar kitab
edisi Arab yang diterbitkan
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut Lubnan pada
tahun  1417H/1997, kitab ini dicetakkan
sebanyak 13 jilid dan satu jilid tambahan yang memuatkan halaman isi kandungan tajuk,
hadis-hadis dan sebagainya yang berkaitan dengan kitab ini. Edisi ini telah
ditahqiq (edit) oleh
Ali Muhammad
Mu’awwadh dan Adil Ahmad ‘Abdul Maujud. Ia dilengkapi dengan semakan status
hadis dan pentakhrijan periwayat hadis, serta beberapa huraian dan penjelasan bagi
membantu dan memudahkan para pembaca dalam membuat semakkan dan rujukan
lanjutan.

Terjemahan
kitab ini…

Saya belum
mendapat maklumat mengenai terjemahan lengkap kitab ini dalam bahasa Melayu,
namun begitu saya ada memiliki buku terjemahan bab Solat  yang terdapat dalam Kitab al-Aziz ini. Buku
edisi terjemahan ini diterbitkan oleh Pustaka ‘Azzam Indonesia dengan judul “Fikih
Shalat Madzhab Syafi’i
”. Ia dterbitkan dalam dua jilid. Walaupun hanya
terbit sebahagian sahaja, namun bab solat ini bukanlah bab yang remeh,
sebaliknya bab yang termasuk menjadi rujukan dan amalan kita seharian. Maka
bagi yang benar-benar mahu mengkaji dan meneliti perbahasan fiqh solat dalam
kalangan mazhab al-Syafi’i, ini adalah antara kitab besarnya selain kitab-kitab
seumpama al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab, Fathul Bari, al-Minhaj, Raudhah al-Thalibin,
dan yang lainnya.

Kitab edisi Arab yang diterbitkan oleh Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah di atas boleh didownload di pautan berikut; http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1450

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top