al-suyuthi

AL-AYAH AL-KUBRA FI SYARH QISHSHAH ISRA’ (الأية الكبرى في شرح قصة الإسراء)

Kitab al-Ayah al-Kubra fi Syarh Qishshah al-Isra’  (الأية الكبرى في شرح قصة الإسراء) merupakan
sebuah kitab karya al-Imam al-Hafizh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuthi
(849-911H), yang memuatkan hadis-hadis yang menerangkan peristiwa Israk dan
Mi’raj yang berlaku kepada Nabi Muhammad saw. Berdasarkan terbitan Dar Ibn Katsir, cetakan pertamanya pada tahun 1405H, dengan tahkik oleh Muhyiddin Masto ketebalan kitab ini adalah 133 halaman. 



Untuk mengetahui secara ringkas mengenai kitab ini,
kita ikuti petikan pendahuluan Imam al-Suyuthi bagi kitab ini;



“………… Ini adalah sebahagian karya yang telah saya kumpulkan
bagi menjelaskan kisah Isra’ yang saya sampaikan dengan penuh keyakinan. Saya
urutkan kisah ini dalam 4 fasal, iaitu;


Pertama; Memaparkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan, yang
menjelaskan tentang kisah ini. Hal ini didahulukan untuk mengetahui perbezaan
hadis-hadis tersebut dari segi lafaznya (terdapat 15 buah hadis yang disebutkan
oleh al-Suyuthi).



Kedua; Menjelaskan hakikat peristiwa Isra’, adakah ia
berlaku pada waktu Nabi saw dalam keadaan jaga ataupun tidur ?. Adakah
peristiwa itu berlaku satu kali sahaja atau dua kali, malahan mungkin lebih
banyak ?. Adakah Isra’ dan Mi’raj itu peristiwa yang sama atapun peristiwa yang
berbeza ?.


Ketiga; Menjelaskan sejarah berlakunya Isra’ dan Mi’raj,
sama ada dari segi waktu berlaku ataupun dari segi tempat berlakunya peristiwa
tersebut.



Keempat; menjelaskan tentang hikmah dan manfaat peristiwa
tersebut yang sangat banyak
”.

Imam al-Suyuthi mengakhiri pendahuluannya dengan
ucapan; “ Saya menamakan kitab ini dengan nama – al-Ayah al-Kubra fi Syarh
Qishshah al-Isra’
. Hanya kepada Allah SWT, saya meminta diterima amal
perbuatan ini dan mengharapkan mendapat pahala dari hasil karyaku ini. Semoga
Allah SWT memberikan anugerah  yang agung
di sisi-Nya, iatu dengan pemberian dan kurniaan-Nya
”.


Metod penulisan kitab ini;


Penulisan kitab ini dimulakan dengan menyebutkan
hadis-hadis sahih yang menjelaskan tentang peristiwa yang berlaku, setelah itu
diikuti dengan keterangan tentang peristiwa yang berkaitan dengannya.
Hadis-hadis tersebut disusun mengikut tingkat kesahihannya, hadis yang
mempunyai sanad yang kuat dan tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama akan
disebutkan terlebih dahulu. Manakala hadis-hadis yang diperselisihkan para ahli
hadis, sama ada dari segi sanad ataupun dari segi matannya disebutkan kemudiannya.
Dalam kitab ini Imam al-Suyuthi telah menyebutkan sebanyak 15 buah hadis
Rasulullah saw.


Imam al-Suyuthi ketika mengemukakan hadis yang pertama
dari riwayat Imam Muslim, beliau menyebutkan;



Saya memulakan dengan hadis yang elok dan
meyakinkan, ia adalah hadis yang diriwayatkan oleh Hammad bin Salamah daripada
Thabit daripada Anas. Hadis ini merupakan hadis yang menceritakan kisah isra’
dan Mi’raj yang lebih elok dan lebih baik dari segala segi dan ia merupakan
hadis yang selamat dari pertentangan ulama
”.

Sekian catatan ringkas bagi karya Imam al-Suyuthi ini.
Semoga bermanfaat.



Download kitab al-Ayah al-Kubra fi Syarh Qishshah
al-Isra’  :
http://www.imanway.com/vb/printthread.php?s=134cd4d7c074ae4455c0bfdfbd544d5c&t=6126&pp=20&page=1

http://www.almeshkat.net/books/open.php?cat=9&book=920

Rujukan;

Isra’ dan Mi’raj (terjemahan); himpunan dua kitab mengenai Isra’ dan
Mi’raj karya Imam Jalaluddin al-Suyuthi dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa (2007).


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top