
Kitab ” al-Asybah wa al-Nazhair fi Fiqh al-Syafi’iyah (الأشباه والنظائر في فقه الشافعية) ” yang ingin dipaparkan di sini adalah sebuah kitab yang membincangkan kaedah fiqh
karya al-Imam al-Muhaddis al-Faqih Muhammad bin Umar bin Makki yang digelar Shadruddin, dan dipanggil Abu
Abdullah bin al-Murahhil. Di Syam, beliau lebih dikenali sebagai Ibn
Wakil al-Mishri. Beliau dikenali dengan nama tersebut sehingga ke akhir
hayatnya. Lahir di Dimyat pada tahun 665 H. Membesar di Damsyik dan mempelajari
ilmu melalui bapanya dan fuqaha hebat pada zamannya. Beliau mempelajari Usul
Fiqh dari Safiyuddin al-Hindi. Beliau seorang yang hebat pada zamannya dari
segi kecerdikan, hafalan dan ingatan. Beliau terkenal sebagai ulama besar Syafi’iyyah di Syam yang memimpin Dar al-Hadis al-Asyrafiyyah pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 716H.
pada zamannya, paling masyhur pada masanya, banyak mengajar, memtela’ah buku
dan mengarang.”
al-Subki ada menyebut di dalam al-Tabaqat:
“Beliau seorang Imam besar yang menonjol dalam mazhab Shafi’i, mempunyai nama
yang sentiasa disebut.”
Ibn al-Murahhil pernah mempunyai perdebatan dengan Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah
sangat sedih apabila mendengar berita kematian Ibn Murahhil. Katanya:
“Mudah-mudahan Allah membaikkan takziah orang Islam terhadapmu wahai Shadruddin.”
Di antara karya beliau ialah al-Asybah wa al-Nazhair, puisi yang
indah dan syair baik yang dihimpun di dalam Diwan yang dinamakan Tiraz
al-Durar.
Beberapa catatan mengenai kitab ini;
Kitab ini dianggap kitab paling awal dalam bidangnya yang menggunakan nama “al-Asybah
wa al-Nazair”. Terdapat juga kitab lain yang
menggunakan nama al-Asybah wa al-Nazair tetapi dalam bidang lain. Di antara
mereka yang menuruti jejak langkah beliau dalam penamaan ini ialah Tajuddin
al-Subki, Ibn Mulaqqin, al-Sayuthi dan lain-lain.
al-Ala’i menyebut dalam pendahuluan kitab Qawaid-nya: “ Perkara yang menjadi
faktor penulisan kitab ini ialah pemerhatianku terhadap buku al-Asybah wa al-Nazhair
karya Shadruddin Abu Abdullah bin al-Murahhil dan aku memberi komentar
terhadapnya ” .
Para cendekiawan Islam menyebut bahawa kitab al-Murahhil tersebut tidak dapat
ditulis dengan baik dan kemas oleh pengarangnya disebabkan penulisannya dibuat
ketika musafir, seperti yang disebut oleh pengarang Fawat al-Wafayat: ” Di antara perkara yang ditulisnya itu
ialah ketika beliau di dalam kapal. Beliau namakan karyanya itu al-Asybah wa
al-Nazair. Beliau meninggal sebelum sempat menyalin balik dan
menyemaknya.”
Tajuddin al-Subki menyebut di dalam kitab al-Tabaqat: “Shadruddin
mempunyai sebuah kitab al-Asybah wa al-Nazhair. Beliau meninggal sebelum sempat
menyemak dan mengeditnya. Justru, terdapat perkara-perkara yang ditulis dalam
kitabnya mempunyai kesilapan.”
saudaranya Zainuddin. Beliau membuat beberapa penambahan dan membezakan di
antara tambahannya dan tulisan asal kitab dengan katanya: Saya berkata: “ Kaedah-kaedah
yang terdapat di dalam kitab tersebut, sama ada kaedah fiqh atau kaedah usul
tidak dibuat dalam bentuk yang biasa dikenali oleh ulama-ulama mutaakhirin dari
aspek penulisan yang baik”.
Kitab ini kemudiannya diedit pula oleh al-Subki
dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nazhair. Kitab Ibn Wakil al-Syafie ini dianggap
penting kerana ia menjadi rujukan penting bagi ulama terkemudian seperti
Tajuddin al-Subki, al-Zarkasyi dan Ibn Mulaqqan yang menonjolkan kaedah-kaedah
yang dibincangkan secara lebih tepat dengan diedit dan ditokok tambah sehingga
menjadi kaedah ilmiah terbaik sehingga kini.
Kitab ini boleh di “download” di pautan https://archive.org/download/FP65087/65087.pdf. Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.