
” Kalian tidaklah lebih kuat daripada aku, dan aku tidak kurang mendambakan pahala daripada kalian.”
Allahu … Allah, lihat betapa mulianya akhlak Junjungan Nabi SAW. Betapa tawadhu`nya baginda sehingga baginda menyatakan bahawa baginda juga amat mengharapkan pahala sama seperti para sahabatnya yang mulia. Junjungan Nabi SAW sekali-kali tidak mengambil kesempatan atas para sahabat baginda. Sungguh bertuah sesiapa yang bersahabatkan baginda, tuah yang berpanjangan dari dunia sehingga ke syurga. Teramat kejilah sesiapa yang lancang mulut menghina orang-orang yang menjadikan sahabat baginda. Moga dengan keberkatan Ramadhan dan jah sahabat-sahabat pilihan, para pejuang Badar, kita dirahmati dan diberkati Allah sentiasa.
Mufti Kota Bercahaya, Madinah al-Munawwarah, wali Allah yang tiada tara, Syaikh Sayyid Ja’far al-Barzanji rahimahUllah, penyusun Mawlid Barzanji yang masyhur di alam raya, telah mengarang satu nazam yang indah berisikan tawassul dengan para pejuang Badar, para syuhada` Uhud, para ahli bait dan para ulama dan wali. Himpunan ini beliau namakan dengan “Jaliyatul Kadar bi dzikri asmaa` Ahlil Badri wa Syuhadaa` Uhudis Saadatil Ghurar“. Moga-moga dengan membacanya kita memperolehi keberkatan para pejuang tersebut…. Allahumma aamiin.
Jaliyatul Kadar

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.