Peristiwa

Sekolah Ramadhan

Ikhwah, setelah menjalani mujahadah dalam bulan Ramadhan yang telah lalu, mudah-mudahan segala ibadah yang dilakukan dapat dikekalkan dalam bulan-bulan lain. Berhati-hati jangan sampai tergolong dalam golongan ahli ibadat yang tertipu. Ramai yang rajin berjemaah tarawih, tetapi sholat fardhunya tidak dihiraukan perlaksanaannya atau jemaahnya. Sedangkan berjemaah sholat fardhu itu lebih utama dari berjemaah sholat sunnat. Harap, setelah menjalani sekolah Ramadhan, dapat dikekalkan sholat berjemaah dan lain-lain ibadah. Harap permohonan kita sepanjang bulan tersebut diterima dan dimakbulkan Tuhan, ingat bahawa antara yang kita mohon bersama-sama sewaktu tarawih ialah “fid dunya zahidin wa fil akhirati raghibin” dalam dunia mohon kezuhudan dan mohon agar kepada akhirat lebih digemari. Jangan bila mati baru nak zuhud sedangkan hidup mengalahkan Fir`aun dan Haman. Allahu …. Allah.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top