Pada awal, dakwah yang dimulakan oleh Allahyarham Ustaz Haji Ashaari dengan Yayasan Darul Arqamnya tidaklah melenceng dari jalan kebenaran. Amalan Aurad Muhammadiah yang beliau amalkan sejak remaja, masih tidak menyimpang dari landasan yang diletak oleh pengasasnya. Ketika itu, tidak timbul dakwa – dakwi yang berbagai, hatta sekitar penghujung 90an, Ustaz Haji Ashaari, dalam majlis – majlis pengijazahan amalan Aurad Muhammadiah, masih dengan jelas menyatakan bahawa Syaikh Muhammad as-Suhaimi @ Kiyai Agung telah pun meninggal dunia. Isu – isu berkaitan Imam al-Mahdi, Fata at-Tamimi dan sebagainya tidak pernah ditimbulkan. Di awal polemik, pihak Darul Arqam sempat mendapatkan pandangan daripada pihak Nahdlatul Ulama, ormas muslim yang terbesar di Indonesia. Pihak Nahdlatul Ulama dalam keputusan mereka yang dikeluarkan pada 12 Ogos 1994 memutuskan, antaranya: ” Sampai saat ini, Pengurus Besar Nahdlatul Ulama tidak melihat adanya hal – hal yang dianggap sesat dari aqidah Darul Arqam …..”
Namun, sayangnya setelah jemaah tersebut berkembang sehingga ke tahap yang membanggakan, maka timbul perasaan ujub, merasa kagum dan takjub dengan kehebatan jemaah dan pemimpinnya, sehingga memandang rendah dan memperlekehkan orang dan jemaah lain. Maka bermulalah indoktrinasi bahawa inilah jemaah pilihan, jemaah terpilih jemaah akhir zaman, jemaah pendokong Imam al-Mahdi dan dan dan sebagainya. Ketika itulah, penyimpangan demi penyimpangan mula berlaku sehingga difatwakan sesat dan diharamkan oleh kerajaan. Benarlah kata sebahagian ulama: “Ra’sul mal al-`ulama`, ath-tawadhu` (modalnya para ulama itu bersikap tawadhu` merendah diri), justru ulama yang tidak tawadhu seumpama pedagang yang tidak balik modal atau kehilangan modal yakni mengalami kerugian. Semoga kita semua ditetapkan Allah atas jalan kebenaran sehingga ke akhir hayat.
, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.