al-Rawdh

Rawdh al-Thalib (روض الطالب)


Kitab Rawdh
al-Thalib (روض الطالب) atau judul lengkapnya Rawdh al-Thalib
wa Nihayah Mathlab al-Raghib (
روض الطالب ونهاية مطلب الراغب) merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab
Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Syarafuddin Abu Muhammad Ismail bin Abu Bakr
Abdullah al-Muqri al-Yamani (837H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Muqri.


Kitab Rawdh al-Thalib ini
disusun oleh Imam Ibn al-Muqri sebagai ringkasan (mukhtashar) bagi kitab
Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين) ,
iaitu sebuah karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya in Syaraf al-Nawawi (631-676H).


Kitab yang terkenal
dengan judul pendeknya  al-Rawdh (
الروض)
ini menjadi rujukan dan bacaan para ulama mazhab Syafi’i selama beberapa abad.
Kemudiannya, muncul Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin
Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H), telah menyusun
sebuah kitab khusus sebagai huraian (syarah) bagi kitab Rawdh al-Thalib ini
melalui karya beliau yang berjudul
Asna al-Mathalib Syarh Rawdh al-Thalib (أسنى المطالب شرح روض الطالب)
Kitab al-Rawdh
di atas juga telah diringkaskan lagi oleh Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami  (974H) melalui karyanya yang berjudul al-Nu-‘aim
(
النعيم).


Kitab Rawdh al-Thalib
ini boleh dimuat turun melalui pautan روض الطالب ونهاية مطلب الراغب.  

Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top