al-Ghazali

AL-MUSTASHFA MIN ‘ILM AL-USHUL


Kitab al-Mustashfa
Min ‘Ilm al-Ushul (
المستصفى من علم
الأصول
) adalah antara karya
agung yang ditulis oleh Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
(450-505H) rahimahullah.
Beliau dianggap sebagai
orang pertama yang memasukkan perbahasan mantiq di dalam ilmu usul fiqh.


Dalam
muqaddimah kitab al-Mustashfa ini, Imam al-Ghazali menyatakan faktor yang
mendorong beliau menulis dan menyusun kitab ini. Menurut beliau penyusunan
kitab al-Mustashfa ini adalah kerana menyahut permintaan para murid beliau agar
disusun sebuah kitab usul fiqh yang sederhana tebalnya. Perlu dimaklumkan,
sebelum penyusunan kitab al-Mustashfa ini, sebenarnya al-Ghazali telah
mempunyai karya lain dalam bidang usul fiqh, iaitu kitab Tahzib al-Ushul (
تهذيب الاصول) dan kitab al-Mankhul (المنخول).

Oleh itu, menurut al-Ghazali kitab al-Mustashfa ini adalah
sebuah kitab yang lebih ringkas berbanding kitab Tahzib al-Ushul (
تهذيب الاصول) dan lebih terperinci berbanding kitab al-Mankhul (المنخول)


Kitab
al-Mustashfa ini telahpun disyarahkan serta diringkaskan oleh beberapa tokoh
ulama terkemudiannya. Antara kitab yang mensyarahkannya ialah kitab Syarah
al-Mustashfa min Ilm al-Usul
karya Dr. Abu Bakr bin Abdullah al-Sa’dawi.
Manakala kitab yang merupakan ringkasan bagi kitab al-Mustashfa adalah kitab Lubab
al-Mahsul fi ‘Ilm al-Ushul
karya Abu al-Fadhail al-Qairuwani (632 H.)


Kitab al-Mustashfa
boleh dimuat turun di pautan المستصفى من علم الأصول
atau المستصفى من علم الأصول .

Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top