al-Burhan fi Ushul al-Fiqh

AL-BURHAN FI USHUL AL-FIQH (الـبـرهـان في أصـول الـفـقـه)


Kitab al-Burhan fi
Ushul al-Fiqh
(
الـبـرهـان في أصـول الـفـقـه) merupakan sebuah karya Usul al-Fiqh yang disusun oleh al-Imam al-Haramain Abul Ma’ali ‘Abdul Malik bin ‘Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin ‘Abdullah al-Juwaini al-Naisaburi (419-478H). Ianya ditulis mengikut tariqah al-Mutakallimin
(ahli kalam) iaitu suatu metodologi penulisan yang cenderung kepada pendalilan
berdasarkan akal serta tidak taksub kepada mana-mana mazhab.

Kitab al-Burhan ini juga
turut mendapat tempat di sisi para ulama yang datang selepas al-Juwaini
sehingga ia disyarahkan serta diringkaskan. Antara kitab yang mensyarahkan
kitab al-Burhan ialah;


a)    
Idhah
al-Mahsul min Burhan al-Usul
(ايـضـاح الـمـحـصـول من بـرهـان الأصـول), karya
Abu Abdillah al-Maziri al-Maliki (536 H.)


b)    
al-Tahqiq
wal-Bayan fi Syarh al-Burhan fi Usul al-Fiqh (
التحقيق والبيان في شرح البرهان في أصول
الفقه
), karya
Syamsuddin
Abu
al-Hasan Ali bin Ismail al-Abyari al-Shanhaji al-Maliki (618 H).


Sekalipun al-Juwaini
merupakan tokoh bagi mazhab al-Syafi’i, akan tetapi kedua-dua penulis kitab
yang kami sebutkan di atas merupakan tokoh dari kalangan mazhab Maliki. al-Imam
Ibn al-Subki [Lihat Thabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra (5/192)], mengatakan
bahawa telah datang seorang tokoh dari Maghribi bernama al-Syarif Abu Yahya
yang menghimpunkan di antara dua kitab syarah di atas.


Kitab al-Burhan fi Ushul
al-Fiqh boleh didownload di pautan 
الـبـرهـان في أصـول الـفـقـه.  Semoga bermafaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top