al-Ibadah fi al-islam al-Qaradhawi

al-‘Ibadah fi al-Islam ( العبادة في الإسلام)



al-‘Ibadah Fi al-Islam” ( العبادة في الإسلام )  adalah sebuah
karya ‘al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, seorang ulama yang terkenal
dengan keilmuannya pada masa kini. Kitab ini dianggap sebagai karya kedua
al-Qaradhawi selepas kitabnya yang berjudul al-Halal wa al-Haram.

Walaupun judulnya al-‘Ibadah
fi al-Islam ( Ibadah dalam Islam ), ia bukanlah sebuah kitab fiqh seperti yang
biasa difahami. Kitab ini lebih merupakan sebuah kajian tentang falsafah ibadat
dalam Islam. Di mana al-Qaradhawi sendiri mengakui beliau menamakannya “al-Ibadat
Fi al-Islam” dengan maksud klasiknya sebagai “Fiqh al-‘Ibadah”.

Dalam buku ini
al-Qaradhawi menerangkan bahawa ibadah bukan sekadar pinggiran kehidupan
manusia, malahan menjadi prinsip utama kenapa para Rasul diutuskan. Namun begitu,
konsep ibadah yang sebenar telah disalah erti oleh sebahagian umat Islam sendiri.
Dalam huraiannya, al-Qaradhawi telah mengkritik manusia yang tidak menyembah
Allah SWT dengan tata cara yang telah ditetapkan oleh-Nya, bahkan telah
mengadakan pelbagai sunnah baharu (bid’ah) yang tidak disunnahkan Rasulullah
saw.

Melalui buku ini,
al-Qaradhawi cuba menggabungkan antara hukum zahir dan batin ibadah sebagaimana
yang diterangkan oleh Imam al-Ghazzali melalui karyanya Ihya’ ‘Ulum al-Din (إحياء علوم الدين). Namun tulisan al-Qaradhawi tidaklah memperincikan perkara tersebut
sebagaimana yang dilakukan oleh Imam al-Ghazzali.

Buku ini telah
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia, termasuklah dalam bahasa Melayu /
Indonesia.

Buku ini (versi Arab) boleh dibaca secara online di
sini  dan boleh dimuat turun di  sini.



Semoga
bermanfaat.



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top