fatawa

Maqalat wa Fatawa Syaikh Yusuf al-Dijwi



Kitab “ Maqalat wa Fatawa Syaikh Yusuf
al-Dijwi
” merupakan sebuah
ensiklopedia yang menghimpunkan artikel-artikel dan fatwa-fatwa yang pernah
dihasilkan oleh  al-‘Allamah al-Mufassir
al-Muhaddis al-Syaikh Abu al-Muhasin Jamaluddin Yusuf bin Ahmad bin Nashr
al-Dijwi al-Azhari (1287-1365H), seorang tokoh ulama yang terkenal pada kurun
ke 14 Hijrah. 



Syaikh Yusuf al-Dijwi adalah seorang ulama yang disegani dan terkenal dengan ketinggian
ilmunya dalam berbagai bidang keilmuan Islam. Di Universiti al-Azhar pada
zamannya, Syaikh Yusuf al-Dijwi merupakan anggota senior “ Jemaah Kibar ‘Ulama al-Azhar ”, yang memainkan peranan besar dalam perkembangan dakwah  dan keilmuan Islam.


Kitab “ Maqalat wa Fatawa ” ini
telah diterbitkan dalam sebuah buku selepas kematian pengarangnnya. Usaha penerbitan
buku ini berjaya diterbitkan setelah sekumpulan artikel dan fatwa beliau yang pernah
disiarkan dalam Majalah al-Azhar, disusun dan dieditkan semula bagi
menyesuaikannya dengan penerbitan dalam bentuk buku. Kitab ini telah diterbitkan
dalam dua jilid.

Dalam Jilid
1, dibahagikan kepada dua juzuk; juzuk 1, mengandungi artikel-artikel mengenai
konsep ketuhanan (al-Ilahiyyat). Manakala dalam juzuk 2, mengandungi
artikel-artikel mengenai konsep kenabian (al-Nubuwwat). 
     Dalam Jilid
2, dibahagikan kepada dua juzuk; juzuk 1, mengandungi artikel-artikel mengenai
tafsir. Kandungannya menghimpunkan beberapa tulisan Syaikh Yusuf al-Dijwi
mengenai tafsiran beberapa ayat al-Quran yang pernah disiarkan dalam ruangan
tafsiran al-Quran dalam Majalah al-Azhar. Manakala dalam juzuk 2, mengandungi
sekumpulan fatwa Syaikh Yusuf al-Dijwi dalam berbagai permasalahan agama.


Penyusunan kitab ini sangat
penting, kerana ia merupakan satu usaha bagi mengekalkan khazanah keilmuan
Islam sebagai sumber ilmu dan rujukan umat Islam sepanjang zaman. Berdasarkan sedikit
pemerhatian dan pembacaan saya, kitab ini telah menjadi rujukan para ulama
kebelakangan dalam penyampaian ilmu dan penyusunan karya-karya mereka.



Untuk mengenali lebih lanjut
al-‘Allamah Syaikh Yusuf al-Dijwi dan membaca kandungan kitab “ Maqalat wa
Fatawa ” ini, pembaca boleh memuat turunkan kitab ini dalam file PDF di pautan  

http://www.feqhup.com/uploads/13583405102.pdf.

Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top