fatawa

Fatawa Syaikhul Islam Zakariyya al-Anshari

Kitab “ Fatawa Syaikhul Islam
Zakariyya al-Anshari ” atau judul asalnya “ al-I’lam wa al-Ihtimam bi Jam’i
Fatawa Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari” 
 (
الاعلام و الاهتمام بجمع فتاوى
شيخ
الاسلام ابو يحيى زكريا الانصاري
) merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan
fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Syaikhul Islam Qadhi Qudhat Abu Yahya
Zakariyya bin Muhammad bin Ahmad bi Zakariyya al-Sunaiki al-Anshari al-Syafi’i (823-926H).


Kitab ini yang mengandungi
himpunan fatwa Syaikul Islam ini tidak disusun (dalam sebuah kitab) sendiri
oleh Syaikul Islam Zakariyya al-Anshari pada masa hidupnya, tetapi ia diusaha
penyusunannya oleh orang lain. Penulis belum mendapat maklumat mengenai
individu yang melakukan usaha penyusunan kitab himpunan fatwa ini.



Fatwa-fatwa Syaikhul Islam yang
terdapat dalam kitab ini, menjadi rujukan para ulama mazhab Syafi’i yang
terkemudian (mutakhir) ketika membincangkan sesuatu permasalahan dalam
kitab-kitab karya mereka.
 Kitab ini ada
diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan di Timur Tengah.
 

Catatan ini,  hanya  sekadar
memperkenalkan  khazanah karya para ulama terdahulu  secara ringkas sahaja. Penulis  sangat  mengharapkan  sumbangan   maklumat lanjut daripada pembaca  mengenai kitab
ini. Semoga bermanfaat.



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top