Kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh
al-Syafi’i (كتاب المعتمد في الفقه الشافعي) adalah antara kitab fiqh aliran mazhab al-Syafi’i
yang terkini. Kitab ini adalah karya Prof Dr. Muhammad al-Zuhaili, iaitu adik
kepada Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili (pengarang kitab al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu). Beliau merupakan Dekan Fakulti Syariah & Pengajian Islam di
Universiti al-Syariqah, Syria.

Kitab al-Mu’tamad ini mengandungi
perbahasan lengkap mengenai permasalahan fiqh mengikut pandangan mazhab
al-Syafi’i. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 2007, oleh Darul Qalam,
Syria. Kandungan kitab ini terangkum dalam 5 buah buku (jilid).

Dalam penyusunan kitab ini, Dr
Muhammad al-Zuhaili bersumberkan kepada pendapat yang rajih (القول
الراجح) dalam mazhab.
Namun begitu, kadang-kadang beliau memasukkan juga pendapat yang dianggap
marjuh (القول المرجوح) atau dha’if (الضعيف) dalam mazhab al-Syafi’i, jika ianya bertepatan
dengan pendapat dalam mazhab yang lain. Beliau juga ada menerangkan dalil-dalil
setiap permasalahan hukum yang dibincangkan menurut mazhab al-Syafi’i. Bagi memastikan kitab ini memberi
faedah yang besar kepada pembacanya, setiap permasalahan fiqh yang dibincangkan
dilengkapi dengan sumber rujukan yang diterangkan di bahagian nota kakinya.
Setiap ayat al-Quran dinyatakan nombor ayat dan surahnya, manakala setiap hadis
dinyatakan takhrijnya secara ringkas dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis
yang telah diterbitkan.

Perkara penting yang perlu diketahui
oleh pembaca adalah tidak semua permasalahan fiqh yang dibincangkan oleh para
ulama terdahulu di terkandung dalam kitab ini. Penyusun lebih menumpukan kepada
permasalah fiqh yang sering berlaku dan sedang
diamalkan dalam realiti masyarakat kini. Beliau meningggalkan permasalah fiqh
yang jarang berlaku atau tidak diamalkan dalam masyarakat masa kini seperti hukum
perhambaan (أحكام الرقيق والعبيد) dan sebagainya.

Terjemahan kitab ini….
Kitab al-Mu’tamad ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Saya ada melihatnya beberapa kali di sebuah kedai buku di Sandakan. Edisi terjemahan kitab ini telah diterbitkan oleh Jasmin Publications – Selangor, dalam 5 jilid (buku). Sekadar maklumat yang saya perolehi dari penerbitnya kitab terjemahan ini masih ada dalam stok jualan mereka.
Kitab al-Mu’tamad edisi ‘Arabnya boleh didownload di pautan المعتمد في الفقه الشافعي
Semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.