Pada hari raya ‘Idil Fitri yang lalu, saya dan
keluarga pulang beraya di kelantan. Seronok rasanya dapat beraya bersama
sanak-saudara di sana. Sudah lama kami tidak balik beraya di Kelantan, rasanya
sudah enam atau lima tahun kami beraya di perantauan di negeri Sabah.
ke Kota Bharu. Saya mengambil kesempatan masa yang ada singgah di kedai buku
tersohor di Kota Bharu, iaitu Syarikat Ja’afar Rawas. Ketika membelek-belek dan
membaca sinopsis beberapa buah buku, saya terpandang sebuah set buku berbahasa
‘Arab dalam 3 jilid yang berjudul Mukhtashar Tafsir al-Sya’rawi (مختصر تفسير الشعراوي). Tergerak hati saya menghampirinya dan melihat sepintas
lalu kandungannya. Kitab ini merupakan sebuah ringkasan Tafsir al-Sya’rawi yang
masyhur itu.
harganya lebih kurang RM100 lebih. Agak berpatutan harganya. Mungkin boleh
dirunding lagi harganya, agak saya.
sebuah karya tafsir kontemporeri milik al-‘Allamah al-Mufassir al-Syaikh
al-Imam Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, seorang tokoh tafsir yang terkenal dari
Mesir (). Mengenai tafsir ini, sebelum ini
telah saya paparkan secara ringkas dalam blog ini.
keseluruhannya, rasanya agak besar belanjanya. Mungkin saya belum sanggup
mengeluarkan belanja begitu besar, kerana masih ada keperluan yang lain yang
lebih penting.
tafsir ini, semakin kuat apabila saya melihat terjemahan kitab ini dalam bahasa
Indonesia ada dijual sebuah kedai buku di Sandakan. Ada 5 buah jilid (jilid
1-5) semuanya. Agak lama saya berfikir mahu beli atau tidak. Pada minggu
berikutnya baru saya membuat keputusan membelinya. Memadailah setakat ini
dengan lima jilid ini, harganya pun lebih RM300.
Pengenalan Ringkas Kitab Mukhtashar Tafsir al-Sya’rawi……
Kembali kepada kitab Mukhtashar Tafsir al-Sya’rawi.
Kitab ini merupakan ringkasan yang telah dilakukan oleh anak kepada al-Syaikh
Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi sendiri, iaitu ‘Abdul Rahim bin Muhammad
Mutawalli al-Sya’rawi. Kitab ini telah diterbitkan dalam 3 jilid, oleh Dar
al-Tawfiqiyyah li al-Turath, Kaherah, Mesir pada tahun 2009.
tujuan kitab ini disusun, iaitu untuk memudahkan pembaca mengambil manfaat dari
kitab Tafsir al-Sya’rawi, kerana kitab asalnya agak tebal yang merangkumi
banyak jilid yang boleh membantut minat para peminat tafsir ini untuk memiliki,
membaca dan mengambil manfaat dari kitab tafsir ini.
dilakukan oleh peringkasnya, iaitu;
- Menghilangkan beberapa ibarat yang
berulang-ulang, kecuali yang tidak dapat dielakkan masih dikekalkan. - Menghilangkan hadis-hadis yang didapati dha’if
dan mawduk. - Membuatkan pentakhrijan hadis, dan menerangkan
darjat bagi setiap hadis dalam tafsir ini, serta meletakkan baris bagi
setiap hadis. - Meletakkan tajuk-tajuk yang menerangkan maksud
bagi setiap ayat yang ditafsirkan. - Mengekalkan intipati tafsiran ayat dan
menghilangkan huraian-huraian yang panjang lebarnya. - Menerangkan sebahagian pengertian kalimah yang
terdapat dalam tafsir ini.
disebutkan di atas, kitab ini diterbitkan dalam 3 jilid. Berikut kandungannya
bagi setiap jilid;
- Jilid 1: Muqaddimah pengarang, Tafsir al-Isti’azah, Tafsir surah al-Fatihah
hingga surah al-An’am. - Jilid 2: Tafsir surah al-A’raf hingga surah al-Nur.
- Jilid 3: tafsir surah al-furqan hingga surah al-Nas.
berpendapat agak berbaloi saya membelinya, dan saya cadangkan para pembaca yang
memahami bahasa ‘Arab patut memiliki.
Kekurangan kitab ini….
dapati sebahagian ayat (khususnya ayat-ayat yang berulang) tidak dinyatakan tafsirannya, peringkas hanya
memadai menyatakan ayat ini telah diterangkan sebelumnya. Pembaca diminta
merujuk kembali kepada ayat sebelumnya. Namun,
adakalanya hanya dinyatakan tafsiran ayat ini telah diterangkan
sebelumnya tanpa dinyatakan nama surah dan ayatnya. Ada juga dinyatakan nama
surah sahaja tanpa ayatnya. Keadaan ini menyulitkan pembaca untuk membuat
rujukan kembali tafsiran ayat tersebut.
dan perlu kerana bertujuan peringkasan, namun rujukan yang tepat perlu
dinyatakan agar manfaat kitab ini dapat diambil sebagaimana kitab asalnya.
diterjemahkan dalam bahasa Melayu atau Indonesia.
Sekian sahaja catatan ini, semoga bermanfaat.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.