fatawa

Fatawa wa Masail Ibn al-Shalah

Kitab Fatawa wa Masa-il Ibn al-Shalah  فتاوى ومسائل ابن الصلاح  merupakan
sebuah karya Imam Ibn al-Shalah atau nama lengkapnya Taqiyyuddîn Abu ‘Amr Utsman bin
Abdurrahman bin Utsman bin Musa al-Kurdi al-Syahrazuri (577-643H). Seorang
ulama besar dalam bidang hadis dan fiqh 
al-Syafi’iyyah. Nama beliau banyak disebut oleh para
ulama Syafi’iyyah dalam kitab-kitab mereka.  



Kitab Fatawa wa Masa-il Ibn Shalah adalah
sebuah kitab yang masyhur dalam mazhab al-Syafi’i yang menghimpunkan
fatwa-fatwa Ibn al-Shalah dalam empat bab (bidang) iaitu tafsir, hadist, ushul
dan fiqh. Kitab ini bukanlah disusun secara langsung oleh Ibn al-Shalah, namun
ia sebenarnya disusun oleh murid dan sahabat beliau, iaitu Syeikh Kamaluddin
Ishaq bin Ahmad bin Utsman al-Maghribi. Beliau merupakan pembantu kepada Ibn
al-Shalah di Madrasah al-Rawahiyyah. Beliau bersama Ibn al-Shalah selama 20
tahun. 


Kitab fatawa ini, kemudiannya
telah diberikan komentar (hasyiah) oleh Ibn al-Ustaz al-Asadi, Kamaluddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Abdullah bin Abdul Rahman (662H) melalui karya
al-Hawasyi  ‘ala Fatawa Ibn al-Shalah.

Untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai kandungan kitab Fatawa Ibn al-Shalah ini, pembaca yang
memahami bahasa ‘Arab boleh men-downlod dan membaca kitab ini di pautan di bawah.
Kitab versi PDF ini merupakan kitab yang di-scan dari kitab yang ditahqiq oleh
Dr. ‘Abdul Mu’thi Amin Qal’aji dengan judul “ Fatawa wa Masa-il Ibn al-Shalah
fi al-Tafsir, wa al-Hadits wa al-Ushul wa al-Fiqh
”. Bersama kitab ini
juga dilampirkan di awalnya kitab Adab al-Mufti wa al-Mustafti, iaitu kitab karya Ibn al-Shalah juga. Kitab ini diterbitkan oleh Dar al-Ma’rifah,
Beirut Lubnan dengan cetakan pertamanya pada tahun 1986M.

مقدمة فتاوي ومسائل ابن الصلاح

 فتاوي ومسائل ابن الصلاح


Semoga
bermanfaat.


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top