Kitab Jawi

Karya Klasik Melayu Islam

Buku Karya
Klasik Melayu Islam
merupakan sebuah karya ilmiah yang dihasilkan oleh
 Dr. Mahayudin Hj. Yahaya(1942- ) seorang
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang aktif dan produktif dengan penghasilan
karya ilmiahnya.

Buku Karya
Klasik Melayu Islam
ini telah
diterbitkan olehh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertamanya pada tahun
2000.  Jumlah halamannya sebanyak 366
halaman.


Buku ini mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama
terkenal termasuk Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din
al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam
telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah
ditaransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat
pendedahan serta memberi peluang kepada kepada generasi masa kini untuk
memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran silam. Ini juga merupakan usaha
kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan
penyelidikan bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan
bermanfaat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam
usaha membina ilmu pada masa akan datang.

Antara  kitab Jawi yang telah ditransliterasikan
dengan tulisan rumi adalah ( naskhah bertulisan Jawi juga turut disertakan);

  1. al-Muntahi, terjemahan karya Syeikh Hamzah
    Fansuri.

  2. Kasyf al-Muntazhar Li ma Yarahu al-Muhtadhar,
    terjemahan karya Syeikh Burhan al-Din Malik Ibrahim Bin Hasan al-Kurani.

  3. al-Risalah, terjemahan karya Syeikh Syihab
    al-Din Bin Abdullah Muhammad al-Jawi.

  4. Aqidah al-Awam, terjemahan karya Abu al-Fauz
    al-Marzuqi.
  5. Hadis-Hadis Nabi,  terjemahan karya Tanpa Nama Pengarang.

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top