Adab dengan al-Quran

al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran

Kitab al-Tibyan fi Adab  Hamalah al-Quran
adalah karya
 Imam Abu Zakariya Yahya
Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam al-Nawawi (631-676H)
 atau
yang amat dikenali sebagai Imam  al-Nawawi.
Kitab ini  membicarakan perkara-perkara
yang sangat penting diketahui oleh setiap orang Islam, iaitu berbagai perkara yang
berkaitan dengan adab kita menjalin interaksi dengan kitab suci kita al-Quran
al-Karim.

Kitab ini mengandung sembilan bahagian dan sebuah mukadimah yang
menjelaskan secara ringkas latar-belakang dan kandungan kitab ini secara
keseluruhan.

Berikut adalah kesembilan bahagian yang menjadi inti kitab al-Tibyan fi
Adab Hamalah al-Quran;


ü Keutamaan membaca dan mengkaji al-Quran.

ü Kelebihan orang yang membaca al-Quran.
ü Menghormati dan memuliakan golongan al-Quran.
ü Panduan mengajar dan belajar al-Quran.
ü Peraturan Menghafaz al-Quran.
ü Adab dan etika membaca al-Quran.
ü Adab berinteraksi dengan al-Quran.
ü Ayat dan surah yang diutamakan membacanya pada waktu-waktu tertentu.
ü Riwayat penulisan Mushaf al-Quran.

Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu/Indonesia dan diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbitan, antaranya;


ü Tatatertib
Pengajian Al-Quran, diterjemahkan oleh
Syed
Ahmad  Semait (Pustaka 
Nasional, Singapura)

ü Etika
Belajar & Mengajar Al-Quran, susunan kembali oleh Ahmad Asri Lubis
 ( Yamani )



, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top