Bersama Wan Mohd Shaghir Abdullah
dimulai pengikut sufi. Ilmu tasawuf dinamakan ilmu batin penulisan awalnya pada
peringkat dunia Melayu dimulai zaman kebesaran kerajaan Aceh oleh Syeikh Hamzah
al-Fansuri.
itu, berkembang pula pelbagai ilmu Islam. Ilmu lain diistilahkan sebagai ilmu bercorak
zahir.
Ketika Syeikh Hamzah al-Fansuri meninggal dunia, muncul sanggahan oleh Syeikh
Nuruddin ar-Raniri terhadap penulisan Syeikh Hamzah al-Fansuri. Sejak zaman itu
hingga sekarang, muncul perbahasan ulama dunia Melayu terhadap tulisan
kedua-dua ulama di Aceh itu.
Antara ulama dunia Melayu dari Terengganu yang membahas persoalan pemikiran
zahir dan batin ialah Saiyid Abdur Rahman Saiyid Muhammad al-Aidrus atau
dikenali panggilan Tok Ku Paloh. Beliau adalah guru dan penasihat Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III.
Karangan beliau yang membahas persoalan zahir dan batin menurut pemikiran dan
pegangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah diberi judul agak panjang, ‘Ma’arij al-Lahfan
li at-Taraqqi ila Haqaiq al-‘Irfan’.
Judul terjemah bahasa Melayu menurut Tok ku Paloh sendiri ialah ‘Tangga Bagi
Orang Yang Sangat Dahaga Naik Kepada Martabat Kepada Haqiqat Ma’rifat’. Kitab
khazanah Melayu bernilai tinggi ini saya peroleh daripada Muhammad Zaidi
Abdullah berasal daripada Datuk Abdul Aziz @ Ambak Ismail dari Terengganu.
Kitab Ma’arij al-Lahfan itu tidak lengkap, dapat disemak mulai halaman kulit,
halaman satu hingga 100, halaman 200 hingga 317. Bererti halaman 101 hingga 199
hilang.
Halaman akhir juga tidak ada. Saya tidak pasti sama ada Ma’arij al-Lahfan sempat
diselesaikan Tok Ku Paloh atau tidak. Pada halaman kulit, tercatat bahasa Arab
maksudnya memperkenalkan judul, tahun penulisan iaitu 1300 Hijrah dan nama
Saiyid Abdur Rahman Saiyid Muhammad Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus.
Di antara kesimpulan perkataan hikmah daripada mukadimah antaranya: “Manusia
elok kejadiannya, kemuliannya terletak pada tauhidnya.” Saya berkesimpulan
manusia walau bagaimana kebesaran, kekayaan dan kemuliaannya, selagi mereka
tidak bertauhid kepada Allah, tidak beerti apa-apa.
Menurut Tok Ku Paloh, pada zamannya kebanyakan manusia jahil mendapat petunjuk
sebenar. Petunjuk sebenar itu ialah mengikut al-Quran dan hadis serta tafsiran
jumhur ulama muktabar.
Dalam konteks al-Quran dan hadis, banyak beliau sebut lafaz Arab, beliau terjemah
ke bahasa Melayu dan beliau tafsirkan. Penafsiran mulai cara biasa termasuklah
penafsiran menurut ulama sufi.
Banyak perkara yang beliau bahas, tetapi saya perkenalkan di sini pemikirannya
mengenai tarikat yang saya fokuskan Tarikat Naqsyabandiyah kerana amalan beliau
dan lebih panjang beliau bahas daripada yang lainnya. Tok Ku Paloh menyebut
tarikat yang muktabar berasal daripada dua sahabat Nabi Muhammad iaitu
Saiyidina Abi Bakar Siddiq dan Saiyidina Ali bin Abi Thalib.
Mengenai kelebihan Saiyidina Abi Bakar Siddiq, Tok Ku Paloh ada warid daripada
Nabi, maksud sabdanya, “Tiada menuangi oleh Allah pada dadaku akan suatu
melainkan aku penuhilah akan dia pada dada Abi Bakar.”
Sabdanya lagi, “Tiada melebihi akan kamu oleh Abu Bakar dengan banyak puasa dan
sembahyang, kerana segala amal zahir itu seperti amal kamu juga. Tetapi
melebihi akan kamu dengan rahsia yang tetap ia pada hati yang dilimpahi akan
dia daripada batin Nabi SAW.”
Selepas itu, Tok Ku Paloh menyenaraikan 40 tarikat muktabar di kalangan ulama
tasawuf. Beliau letakkan yang paling atas Tarikat Naqsyabandiyah dan yang
paling akhir, Tarikat Dasuqiyah.
Walaupun Tok Ku Paloh membahas Tarikat Naqsyabandiyah dan dalam beberapa
kalimatnya beliau lebih memandang tinggi tarikat itu, beliau menasihatkan, “…
permulaan Tarikat Naqsyabandiyah itulah kesudahan segala tarikat melainkan
orang yang ada al-hububiyah (golongan yang dikasihi Allah) dan amuradiyah
(golongan yang dikehendaki Allah) seperti setengah Auliya’ yang terdahulu futuh
(dibukakan oleh Allah segala rahsia Rabbani) mereka itu atas suluk. Tetapi
segala saudara janganlah kamu sangka terlebih Tarikat Naqsyabandi daripada
segala tarikat lain …” (halaman 312).
Tok Ku Paloh menutup senarai kata beliau, “Dan tafshil segala tarikat itu telah
masyhur ia pada sisi segala ulama maka kita serahkan akan pengetahuannya kepada
mereka itu …” (halaman 310 – 311).

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.