Abu Ishaq al-Syirazi

AL-TANBIH

Kitab
al-Tanbih merupakan sebuah rujukan fiqh utama dalam Mazhab al-Syafi’i. Ia
merupakan sebuah karya 
al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). 
Kitab al-Tanbih
disusun sebagai ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid 
 al-Isfirayini (344-406H). Di mana kitab al-Ta’liqat pula merupakan huraian bagi kitab al-Mukhtashar karya al-Imam al-Muzani (246H)



Di samping kitab al-Tanbih, beliau juga mempunyai sebuah kitab lagi yang
masyhur menjadi rujukan utama dalam Mazhab al-Syafi’i, iaitu Kitab al-Muhazzab.



Imam
al-Nawawi r.h telah mengkategorikan Kitab
al-Tanbih dalam lima kitab rujukan utama mazhab al-Syafi’i, iaitu;

  1. Mukhtashar al-Muzani, karya
    Abu Ibrahim al-Muzani,



  2. al-Muhazzab,  karya Abu Ishaq al-Syairazi



  3. al-Tanbih, karya Abu Ishaq
    al-Syairazi,



  4. al-Wasith, karya Abu Hamid al-Ghazali,



  5. al-Wajiz, karya Abu Hamid al-Ghazali.




 

Manhaj Penyusunan
Kitab al-Tanbih

Kitab
al-Tanbih disusun dalam bentuk matan yang ringkas, tetapi meliputi berbagai
tajuk penting dalam ilmu fiqh. Secara umumnya Abu Ishaq al-Syirazi telah membahagikan  Matan al-Tanbih kepada beberapa kitab dan bab
dalam menghuraikan isi kandungannya. Berikut antara manhaj penyusunan kitab
al-Tanbih;


  1. Kandungan al-Tanbih dibahagi
    kepada 14 Kitab: iaitu al-Thaharah, al-Shalah, al-Jana-iz, al-Zakat,
    al-Shiyam, al-Haj, al-Buyu’, al-Fara-idh, al-Nikah, al-Aiman, al-Nafaqat,
    al-Jinayat, al-Aqdhiyah, dan al-Syahadat. Setiap kitab pula mengandungi
    beberapa buah bab. Manakala setiap bab pula mengandungi beberapa masalah
    yang berkaitan dibincangkan.



  2. Kandungan al-Tanbih disusun
    dalam bentuk ringkasan terhadap beberapa masalah utama dalam bab fiqh.
    Beliau telah menerangkan metod penyusunan al-Tanbih dalam muqaddimahnya: “ Kitab ini merupakan sebuah ringkasan
    (mukhtashar) dalam usul Mazhab al-Syafi’i r.’a
    ”.



  3. Setiap perbahasan kandungan
    al-Tanbih tidak disertakan dengan dalil. Ini merupakan kaedah biasa bagi setiap
    kitab yang disusun dalam bentuk matan ringkas.



  4. Tidak disebutkan pengertian
    setiap bab dengan pengertian dari sudut istilahnya.



  5. Dalam beberapa masalah yang
    dibincangkan, penyusun kadangkala menyebutkan beberapa pendapat ulama,
    namun beliau tidak menyebutkan nama ulama tersebut.



  6. Penyusun ada menshahihkan
    beberapa pendapat ulama dalam beberapa masalah, namun ia sangat sedikit
    sahaja.

Kitab-kitab yang
disusun berkaitan dengan kitab al-Tanbih.




Para
ulama selepas Abu Ishaq al-Syirazi telah menyusun beberapa buah kitab yang
berkaitan dengan Matan al-Tanbih sama ada berbentuk huraian (syarah), ringkasan
(mukhtashar), nadzam, nukat, tashhih, ta’liqah dan tahrir. Berikut antara
kitab-kitab tersebut, yang disusun mengikut susunan tahun wafat pengarangnya.  



Syarah
kitab al-Tanbih:



1. Tawjih
al-Tanbih
,
sebuah syarah yang ringkas – karya al-Imam Abu al-Hasan Muhammad bin Mubarak
Muhammad al-‘Ukbari, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Khall al-Syafi’i  (552H).



2.  Syarh al-Imam Abu al-‘Abbas Ahmad
bin al-Imam Musa bin Yunus al-Mawshuli (622H).



3.  al-Mudhih, 
Syarh  Shayin al-Din ‘Abdul ‘Aziz
bin ‘Abdul Karim al-Jili (632H).



4. Syarh al-Hafidz  Zakiy al-Din ‘Abdul ‘Adzim bin ‘Abdul Qawiy
al-Munziri al-Syafi’i (656H).



5. Syarh Nashir al-Din Abdullah bin
‘Umar al-Syirazi (685H). Beliau telah mensyarahkannya dalam 3 jilid yang agak
tebal.



6.  al-Isyraq
fi Syarh Tanbih Abi Ishaq
,
karya al-Imam Kamal al-Din Ahmad bin ‘Isa bin Ridhwan al-‘Asqalani (689H), yang
terkenal dengan nama ‘ al-Qalyubi ’. Beliau mensyarahkannya dalam 12 jilid.



7.  Syarh al-Imam Muhib al-Din Abu
al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdullah al-Thabari al-Makkiy (694H).



8.  al-Iqlid
li Dar-i al-Taqlid
,
karya al-Imam Taj al-Din Abdul Rahman bin Ibrahim (690H), yang terkenal dengan
‘ al-Farkah al-Syafi’i  ’. Beliau tidak
sempat menyempurnakan syarahnya.



9. Syarh al-Imam ‘Alam al-Din Abdul
Karim bi ‘Ali al-‘Iraaqi al-Syafi’i (704H).



10.  Kifayah
al-Nabih
,  karya al-Imam Najm al-Din Ahmad bin Muhammad
bi ‘Aliy, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Rif’ah ’  (710H).



11.  Syarh Muhammad bin Abi Manshur
bin ‘Abdul Mun’im bin Hasan al-Syaibi (720H).



12. Tuhfah
al-Nabih fi Syarh al-Tanbih
,
 karya al-Syeikh Majd al-Din bin Isma’il
bin ‘Abdul ‘Aziz al-Sankalumi al-Syafi’i 
(740H).



13.  Syarh Dhiya-u al-Din Muhammad bin
Ibrahim al-Munawi (746H).



14. Syarh ‘Alaa-u al-Din ‘Aliy bin
Abdul Kafiy al-Subki (747H).



15. al-Kifayah
Syarh al-Tanbih
,
karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bi Aliy bi al-Mulqan al-Syafi’i (804H).



16.  Syarh al-Qadhiy Taqiy al-Din Abu
Bakr bin Ahmad, yang terkenal dengan ‘ Qadhiy Syahbah al-Syafi’i al-Dimasyqi ’
(851H).



17.  al-Wafiy
Syarh al-Tanbih
,
karya al-Imam Jalal al-Din Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Sayuthi (911H). Beliau
tidak sempat menyempurnakan syarahnya.



18. Irsyad al-Faqih ila Ma’rifah Adillah al-Tanbih, karya al-Imam ‘Imad al-Din Ibn Katsir.



Kitab
Mukhtashar / Ringkasan Tanbih

1. al-Nabih
fi Ikhtishar al-Tanbih
,
karya Taj al-Din Abdul Rahim bin Muhammad al-Mawshuli (761H).



2.  Mukhtashar Jalal al-Din Muhammad
bin Ahmad al-Mahalli (864H).



3. Maslak
al-Nabih fi Talkhis al-Tanbih
,
karya al-Imam Muhib al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad al-Thabari (694H),



4.  al-Lubab, karya Abu al-Farj Mufdhal bin
Mas’ud al-Tanukhi.



5. Mukhtashar  Syaraf al-Din Abu al-Qasim Hibatullah bin
Abdul Rahim al-Baruzi al-Hamawi al-Syafi’I ( 738H).



Kitab
Nazham  bagi Kitab al-Tanbih;



1. Nazham Abu Abdullah Muhammad bin
Abdullah bin Abu Zuwid  al-Syaibani
al-Yamani.



2.  Nazham Ja’far bi Ahmad bin
al-Siraj (500H)



3.  Nazham Sa’id al-Din Abdul Aziz
bin Ahmad al-Diriy (697H).



4.  Nazham Dhiya-u al-Din ‘Aliy bin
Salim al-Azra-iI (731H),



5.  al-Rawdh
al-Nazih fi Nuzhum al-Tanbih

, karya Syihab al-Din Ahmad bin Saif al-Din al-Dzahiri (753H)



6. Nazham Abdul Aziz bin Ahmad bin
Sa’id al-Damiri (694H).



Nukat
bagi Kitab al-Tanbih;

1.  Nukat Muhammad bin Ismail bin Ali
al-Faqih , yang terkenal dengan ‘ Ibn Abu al-Saif ‘ (609H).



2. Nukat
‘ala al-Tanbih
,
karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).



3.  Nukat Sughra / Nukat Kubra, karya
Muhib al-Din Ahmad bin Abdullah al-Thabari (694H).



4. Nukat Kamal al-Din Ahmad bin Umar
bin Ahmad al-Nasyani  al-Qahiri (757H).



Tashhih
bagi al-Tanbih:



  1. al-‘Umdah
    fi Tashhih al-Tanbih
    ,
    karya al-Imam al-Nawawi.



  2. Irsyad
    al-Nabih ila Tashhih al-Tanbih
    ,
    karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bin ‘Aliy bin al-Mulqan al-Syafi’I (804H).



  3. Tashhih Muhammad bin Ahmad
    bin Muhammad bin Ahmad al-Bami al-Qahiri al-Mishri (885H).


Ta’liqat
bagi al-Tanbih:





  1. al-Iqlid, karya Burhan al-Din
    Ibrahim Ibrahim bin Abdul Rahman bin Ibrahim bin Siba’ al-Fazari al-Mishri
    (729H).



  2. Ta’liqah ‘Abdul Mun’im bin
    Ahmad bin Abu Bakr al-Anshari al-Mishri (695H).



Tahrir
bagi Alfadz al-Tanbih;


  1. Tahrir
    Alfadz al-Tanbih
    ,
    karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Link download Kitab al-Tanbih: http://www.archive.org/download/al_t…al_tanbeeh.pdf


, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top