Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al-Indonisi al-Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.
Kitab ini, sekarang telah diterbitkan dalam tulisan rumi oleh beberapa syarikat penerbitan buku.

Kitab yang diterbitkan oleh Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/download/PenawarBagiHati/Penawar%20Bagi%20Hati.pdf
Dowload Syarah kitab Penawar Bagi Hati oleh Dr Abdul Basit secara audio :
http://www.filesonic.com/file/1652868914

, Terimakasih telah mengunjungi Keimanan.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.








